Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*******************************************************************************
‎...إنتنصر الله ينصركم ويثبت أقدامكم... إحفظ الله يحفظك...
************************************************************************************

Showing posts with label oh..MusLimat / Perempuan. Show all posts
Showing posts with label oh..MusLimat / Perempuan. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

CoreTan Khas guru2 Ku smaskm

Alhamdulillah…
Salam 23 Ramadhan..Pejam celik2 dah nk Kat Hari Lebaran..

Selesai solat teraweh malam tadi,fikiran ku tibe2 teringat akan guru2 smaskm yg telah mendidikku.Kalau nk disebut kesalahan,kesilapanku dengan Guru,Mungkin Tak terkira kesalahan anak muridmu  Yang ‘Nakal’ Nie..Namun Ape kan daye,ingatanku kurang kalau nk mengingat kat sorang demi sorang Name Guru yg Pernah Melimpahkan ilmunya kepadaku..
Aku Pun memikirkan ape yg perlu aku buat untuk beri sedikit ‘barang’ tande aku berterima kasih kepada guru dan tande ‘sayang’ku pade guru…..Cewaah !! (doa dlm ingatan)

Ermm,Nak Dekat Syawal kan ?? So,aku Pon cari mase Buat sdikit Kad Raya ..Kad Raya ni adelah Hantaran “Pertama” aku kepada Guru2ku Tersayang…

Sedang aku pikirkan ape nk diluahkan kata2 kepade Guru2,Aku minta pandangan Ummi aku untuk beri sikit idea Nk tulis dlm kad ucapan tu, ..(ummi sedang Mengaji AlQuran) Aku mengganggu ummi…ghheee ~.. “Ma, Ape ek kate2 yang  best Nak dituliskan bagi kat Cikgu2 ??” Ummi Terdiam sebentar yg tengah beralunan mengaji..(gheee~serbe salah aku)..Ummi diam lame….then ummi pandang muke aku and tersenyum… “Ude Letak je Ni ha…--Pecah Kace, Pecah gelas,Sudah Bace Harap Cikgu Balasss---..,,”  Hahahahah~~ Tegelak aku ngan Keluarga yg Mendengarnya…~~huhuhu..(ummi sambung mengaji semula)…

Dah Fikir ,,adelah idea  aku datang sendiri….Luahan dari Hati…(ceewaah !)

Khas Untukmu Guru2 Ku :



 “Aku Tahu aku Banyak Melakukan Kesalahan terhadapmu,aku menghadirkan diri dengan kad ucapan ini sebagai ‘Mohon Kemaafan terhadap kesalahan2ku yang terdahulu’ yg membuatkan hati2mu Terguris kerana sikap ku yang sengaja @ Tidak sengaja..”

“Bukan aku Tak Meminati Pelajaranmu dan penyampaian pengajaranmu,tetapi dari kekhilafanku sendiri yang ‘Malas Belajar’ dan sering tidak serius dengan keikhlasanmu mendidikku ..Namun di kemudian hari Penyesalan akan Berlaku kepada diri ini..”


Wahai Guruku Tawado’mu ketara..
Biarpun ia rahsia….
Namun orangkan Tahu jua dirimu Jelas (ikhlas)
Bukan Di Reka…..
Ampuni  Wahai guruku….
Dosa anak Muridmu….



Sedikit ‘hadiah’ yang tidak seberapa dariku Khas Untukmu :
Al-Ma’thurat…Moge amalan Ma’thurat dapat istiQamah same2..


Saya sayang Kamu,Guru2 Ku…

Puan Marina, Puan Monaliza , Puan Naimah , Puan Safranil Hikmah , Puan Zaleha (yg bnyak memberi Nasihat) , Puan Nor Hayati , Puan Badariah , Puan Marjana , Puan Aznina , Puan Haslizah , Puan Aziah, Puan Faridah , Puan Saonah , Puan Hamidah , dan Guru2 Perempuan yg Lain..(smaskm)
Terima kasih Juga Ustaz2 yg membantu  dlm Bimbingan murid : Ustaz Supriyadi , Ustaz Rasyidi , Ustaz Shahir , Ustaz Md.Diah , Ustaz Harun , Ustaz Abdullah , Ustaz Muammad , Ustaz Razali, Ustaz Jaa’far , Usaz Fadhil , Ustaz Yusof , serta ustaz2 yg Lain…


Thanks To Sorang Adik Smaskm yg Bantu Sy Mengingati name2 Guru…(ghee~) (^___-)


Aku X Lah sehebat sahabat2 Lain , 
Aku Xlah Belajar jauh2 dan ke Luar negara seperti sahabat Lain, 
Aku Tak Lah sePandai Mane Yg Kamu fikirkan ,
Aku Tak lah Sealim Mane yg Kamu sangkakan , 
Aku Tak lah sebaik Mane yg Kamu inginkan,
Namun Aku insan Biasa yang mengharapkan Keredhaan Ilahi,
Dan aku Akn menjadi 'diri' yg Allah Tetapkan sebagai 'muslimah' di Redhoi,
Aku akan belaja ilmu Dunia dan Akhirat dan menggunakan DUnia sekadar aku perlu,
dan akan Menjalani Akhirat selamanya..
Aku Insan Biasa yg  Mencintai Allah,
Aku insan Biasa yg Merindui Rasulullah S.A.W,
Aku Insan Biasa yg mgharapkan Keredhaan Ummi Ayh dan Guru2ku,
Aku Insan Biasa yg Menyayangi Manusia Saudaraku Islam..


itulah Aku ::~ ShaQillah Akhdhari.Asif-

Tuesday, August 16, 2011

BeToL kE PEREMPUAN ??




Siape kate jadi Perempuan tu Senang ?
Nak kene Tutup sana, Tutup Sini .
Tengok budak Laki,Pakai Baju Pagoda  pun Org tak bising?
Perempuan, stoking pun kene pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari?
Komfem tak tahan punye,bertutup semua
Tapi Perempuan cool jerr
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah,hebat kan Perempuan ?

Sape kate jadi Perempuan tu senang ?
Tiap-tiap bulan , mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Cube tengok budak laki , selamber jerr
Kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi , perempuan hidup berpuluh2 tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan , survive jerr
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

Hebat kan perempuan ?

Siapa kate jadi perempuan tu senang ?
Hati mereka Allah jadikan Lembut betul
Cepat sensetif
Cube tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta,cepat jeer cari yang baru
Cube pergi wayang tengok cerite Hindustan
Siapa yang paling teruk menangis ?
Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi
Lembut tak hati perempuan ?
Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

Hebat tak perempuan ?

Disebabkan susahnya jadi Perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah diorang cakap , Allah tak adil .kenapa lebihkan lelaki ?
Kenapa Perempuan kene dengar cakap suami ?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami ?
Padahal jadi  Perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang , nak jaga 10 orang anak lelaki ,tak susah macam jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negative dekat Allah ni,ramai perempuan-perempuan kat luar yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan , ‘lelaki tak payah tutup pun’.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
Mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat Perempuan ?

Disebabkan fikiran yang negative terhadap Allah , mereka sanggup rosakkan diri sendiri mereka cakap,mereka buat macam tu sebab Allah tak adil .

Persoalannya sekarang ?

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan ?
Betul , syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi ,cuba ingat balik ,syurga seorang anak lelaki terletak dibawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya ?

Betul , isteri kena ikut cakap suami
Tapi , seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
Tak adil kah Allah pada perempuan ?
Allah bukan setakat adil tapi Allah tu sangat sayangkan kaum wanita

Untuk lelaki , syurga isterinya terletak dibawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu
Tapi perempuan , ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah hebatnya perempuan kan ?

Kenapa perempuan hebat ? Sebab Kasih sayang Allah jadikan mereka hebat
Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang kat radio
Banyak lagu-lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan , sampai perempuan dikasihi macam tu sekali kat dunia lagi
Masih tak adilkah Allah dekat perempuan ?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan .
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni,
Tapi , Perempuan senang nak masuk syurga

HADIS :

“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang 5 waktu,berpuasa sebulan (Ramadhan) ,menjaga kehormatan dan taat kepada suami , dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”


(Hadis Riwayat Ahmad )

Tak Adil lagikah Allah dekat Perempuan ?
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah poadamu
Betapa cintanya Allah padamu.
Tapi ,kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negative yang tak berasa dekat Allah ?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni , kita jadi hiasan
Dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan ?

Wahai wanita ,nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu .kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikuti perintahNya. Pernahkah engkau tahu betapa sedihnya Allah apabila melihat kaum Wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.

YA ALLAH !!

Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan untk beribadah,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah bersama keberkatanMU,
Kau berilah kami akan jalan Yang Lurus,
Kau kuatkanlah Iman kami…

Saturday, May 21, 2011

Halangan MusLimat DLm Berjuang...


Memperjuangkan Islam bukanlah  suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah Shuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuanagn Islam menuntut bukan setakat masa,

Tetapi jiwa dan raga ,pngorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa.

Firman Allah didalam surah Al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud :


Sesungguhnya orang-orang yang briman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan RasulNya) dan mereka berjihad dengan harta bende mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah , Mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya).

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mule2 Syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah S.a.w. adalah seorang wanita , Sumaiyah dari keluarga Yasir.
Jika kita mengkaji sejarah Awal Islam ,apa yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah s.w.t, dapat memperjuangkan dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekalipun.
__
Insan-insan dari jenis inilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang Islam kini , termasuk wanita . Peranan wanita adalah amat penting dan besar sekali dalam perjuangan Islam kerana mereka merupakan pendidik anak-anak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela Islam yang amat diperlukan.
Sifat fizikal wanita yang ebih lemah daripada kaum lelaki terbukti bukanlah satu alasan untuk tidak terbabit dalam memperjuangkan Islam. Tetapi tanggungjawab menegakka Islam turut terpikul di bahu mereka,mengikut kemampuan serta batasan yang ditentukan Allah s.w.t.
Bila memperkatakan wanita dalam perjuangan Islam, maka biasenya kite tidak dapat lari dari peranan mereka mainkan dalam membentuk keluarga muslim. Dari unit keluargalah tanggungjawab mereka bermula.Mendidik anak2 memahami erti Islam sebenar, menyemai benih iman sejak kecil , mencorakkan akhlak mulia,selanjutnya menanamkam semangat memperjuangkan dan mempertahankan Islam dalam diri mereka.
Tugas ini tidak sepatutnya dilihat sebagai tugas umum wanita , iaitu mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga.Tetapi wajar dititik beratkan sebagai tanggungjawab muslimah dan sumbangan atau jihad Islam,maka sewajarnya ia dijalankan dengan penuh kerelaan dan dipikul sebaik-baiknya.
Pada Zaman Rasulullah s.a.w. para muslimat hanya berfungsi sebagai rumah atau melahirkan zuriat semata-mata. Tetapi mereka berperanan membantu kaum lelaki dalam jihad menegakkan Islam,meniup semangat kepada mereka dengan meredhai perjuangan suami malah bila diperlukan mereka bersama-sama kaum lelaki dalam pertempuran.


Antara halangan wanita untuk bergerak  dalam perjuangan islam yang boleh saya simpulkan adalah :

1)      Bagi yang sudah berkahwin)

·        Suami tidak memberi keizinan (disebabkan tidak sama fikrah) 
Saranan & cadangan : pilihlah suami yang sefikrah dalam memperjuangkan Islam bukanlah setakat mengikut keinginan peribadi. Ini penting untuk memastikan survival perjuangan gerakan Islam dalam mengakkan daulah Islamiyyah terus utuh pada masa akan datang..
·        Alasan menjaga anak dan sebagainya
Saranan : Hendaklah bagi para isteri bijak membahagikan masa antara kerja dakwah,keluarga dan kepentingan perobadi.
·        Kekangan masa:
SARANAN : (susun waktu dengan baik dan yang paling penting utamakan gerak kerja Islam)
·        Bekerja dan lain2..
SARANAN : (selepas habais waktu kerja ,bahagikan masa untuk gerak kerja Islam)

2)(Bagi yang belum Kahwin)

·        Mengganggu waktu belajar
Saranan : Susun lah mase dengan Baik.

·        Tidak mendapat Keizinan Ibu Bapa dll.
SARANAN : Berusaha untuk menanam fikrah kepada ibubapa tentang gerak kerja Dakwah.

Mujahidah yang disayangi Sekalian….

Peranan wanita dalam perjuangan Islam Tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada soal Rumahtangga semata-mata. Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka yang masih belum bersuami,tidak mempunyai anak atau anak-anaknya sudah dewasa tidak memerlukan banyak penjagaan lagi..?

Tenaga mereka amatlah diperlukan dalam perjuangan Islam.Mereka boleh  bergiat dalam masyarakat ,menjalankan dakwah , memberi kesedaran dan ilmu Islam kepada masyarakat sejenisnya yang masih belum mengenali Islam. Perkara ini amat perlu ditekankan kerana terdapat kecenderungan ahli jemaah Islam lain untuk menyertai jamaahnya.Tindakan seumpama ini tidak langsung menguntungkan Islam,kerana dakwah Islam perlu sampai kepada semua peringkat masyarakat , terutama mereka yang masih belum  memahami apakah Islam sebenar.
 Wanita perlu didedahkan dengan
masalah sebenar masyarakat Islam dalam menghadapi musuh. Mereka perlu menyedari bahawa wanita mempunyai kuasa dan tenaga tersendiri untuk memperjuangkan dan melaksanakan Islam dalam berbagai bidang, termasuklah dalam menegakkan Daulah Islamiyyah.

Tidak Timbul persoalan bahawa bidang politik adalah bidang orang lelaki kerana setiap muslim atau muslimah itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk sama-sama berusaha untuk menegakkan sebuah  Negara Islam.


FIRMAN ALLAH dalam surah AtTAUBAH


ayat 71 yg bermaksud :
“Dan orang-orang yang Beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong ke atas sebahagian yg lain.Mereka menyuruh mengerjakan ma’ruf dan mencgah yang mungkar , mendirikan sembahyang ,menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Di dalam negara mejoriti undinya adalah di tangan wanita , para muslimah hendaklah lebih giat membantu kaum lelaki dengan memberi kesedaran kepada kaum sejenisnya untuk memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan Islam.Mereka perlu meyakinkan golongan yang masih tidak Menyedari atau meyakini bahawa pemerintahan berteraskan Islam adalah yang terbaik.
Untuk menjalankan usaha  ini, Muslimat hendaklah membuat persediaan awal . Kerja-kerja dakwah sebegini tidak mungkin dapat berjalan lancar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan hikmah.Kerana tanpa ilmu dan Hikmah,bukan sahaja kita tidak mampu meyakinkan mereka, tetapi mungkin juga membawa perpecahan.
Selain itu juga, muslimah –muslimah yang
terbabit dalam memPERJUANGkan Islam mestilah sentiasa beristiqamah dengan perjuangan. Tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam,aktif semasa bujang,tetapi meninggalkan terus perjuangan setelah berumahtangga.
 
 Alangkah sedihnya sekiranya ramai

muslimat bersikap begini. Mereka hendaklah terus berjuang sedaya mungkin kerana kerja-kerja dakwah itu tidak sepatutnya terhenti  atas alasan sudah berkahwin. Yang penting ialah mereka bijak mengurus masa dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.
~KESIMPULAN~
Jadi, Apa yang penting ialah setiap muslimah yang terbabit dalam perjuangan Islam mestilah memahami dengan jelas matlamatnya dan menepati Al-Quran dan Hadith. Mereka mestilah bersedia dengan ilmu, kerana tanpanya segala usaha perjuangan Islam tidak mungkin dapat dijayakan.Firman Allah di dalam surah Azzumr ayat 9 yang bermaksud :
“ Katakanlah : Adakah sama orang –orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnyaorang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”

Selain itu ,muslimat juga mestilah mempunyai ketahanan iman sabar ,istiqamah dalam menjalankan amal dan berani .Baginya tempat pergantungan sebenar bukanlah daripada orang yang berkuasa di dunia, suami atau orang lain,tetapi Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 55-56 yg bermaksud :

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul Nya orang-orang yang beriman .Yang mendirikan solat dan menunaikan zakat,seraya mereka tunduk (kepada Allah) .Dan barang siapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhNya Golongan Allah itu yang pasti Menang!”
 
Peranan wanita dalam perjuangan Islam sememangnya bermula dalam ruang rumah bersama  ahli-ahli keluarga ,iaitu suami dan anak-anak.Tetapi tidak bermakna kaki dan tangan mereka terikat di luar rumah sehingga tidak boleh digerakkan untuk kepentingan masyarakat luar,khususnya di kalangan Wanita sendiri.

Waakhiran …
SaLam JUANG tanpa NOKTAH…!!!

LELAKI IDAMAN MUSLIMAH.....


Lelaki idaman Muslimah.,.
Biarlah dia seorang yang buta,
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara
Maksiat dan laghah,
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi..
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati
Keagungan ciptaan Allah !
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam..
Di Palestin , Bosnia , Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu,
Bisu dari pujuk rayu yang bias mengoncangkan keimanan,
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa
Meracun fikiran.
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran,
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,
Asalkan lidahnya tidak pernah LEKANG dari membaca Al-Quran,
Asalkan die petah membangkang kemungkaran dan
Dia lantang menyuarakan kebenaran !

Biarlah dia seorang yang bakhil,
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan Mahramnya,
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya (bole jdi Fitnah),
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seseorang wanita yang tidak sepatutnya.
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masa untuk beribadah,
Dengan KhaliQnya..
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah,
Kembalilah di muka Dunia..

Biarlah dia seorang yang ‘papa’,
Papa dalam melakukan perkara maksiat ,
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,
Papa memiliki akhlak mazmumah,
TeTAPI dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu Pengetahuan,

Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi
Pekerti mulia,
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam
Mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang Syuhada yang SHAHID di jalan Allah..!!

ItuLah Lelaki idaman Muslimah dan juge idamanku….
Gghhheeeee (^___^) InsyaAllah…


WAHAI LELAKI...


Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :

♥ Bawalah dia ke jalan Allah,♥
♥ Nasihatilah dia,♥
♥ Perbetulkan kesilapannya,♥
♥ Jagalah dia dengan baik,♥
♥ Kasihanilah dia,♥
♥ lindungilah dia,♥
♥ Berilah kasih sayang padanya,♥
♥ Hargailah dia,♥
♥ Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,♥
♥ Bersabar dengannya,♥
♥ Terimalah & cintailah kekurangannya,♥
♥ Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..♥
♥ moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..



Thursday, March 24, 2011

TabaRRUJ bagi PEREMPUAN...!!!


Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

**.. Inna SolaTi....*


i Love Palestine

i Love Palestine

Aku Insan Biasa..

" Alhamdulillah aku masih bernafas lagi di atas Muka Bumi Allah ini.."

Mengapa Allah masih beri Nafas untukku??
''Kerana aku Hamba yang Tidak pernah Lari dari kesalahan,kealpaan.Kerana itulah Allah Beri aku mase untuk membetulkan langkahku dan supaya bertaubat kepadaNya..Sungguh Maha Pemurah ENGKAU ya Rabb.."

Semoga Ape yang disampaikan sedikit manfaat kepada sahabat2ku...
___________________________________________

Aku adalah S.A. = ShaQillah Akhdhari..
___________________________________________

Yg Menggemari Warna Hijau penyejuk Mata hati ..

Usulku sbgai Anak Islam :

-Tadika Jaim

-Sek Ren. Pernu..

>>Pengawas Perpustakaan

-Sek.M. A. Assaiyidah Khadijah (SMASKM07)

>> Tiada Keistimewaan.(-__-)

-PLKN

-Kolej Universiti Islam ANtarabangsa
.(KUIS)

>dip. SYARIAH ISLAM

>Timbalan Kebajikan dan kerohanian persatuan mahasiswa Syariah Islam.

>>Biro Protokol & Pembantu kelab PERKIM KUIS

>Exco Wasilah Shuhada' .

>Badan Kebajikan Dakwah.

>Pengarah Program 'Ihya'ul Jill al-MuttaQin' (Ank2 Yatim)

Bidang Kerja.

-Guru sandaran Sek. Ren. Jaim (2Bulan)

-Latihan Kerani Peguam Syariah Islam.

-Pendidik Murid PASTI.(Pagi)

-Pendidik 'anak Remaja Perempuan' & Kelas Mengaji (Malam)

-Aku CiptaaNya,,Anak 'Ummi'..(^__-)
-----------------------------------------------------------------

Kata Pujangga >>

“Jika Dosa itu ada BAU,Pasti tiada manusia yg sanggup berbuat Dosa kerana Tidak Tegar untuk BerkuBang dalam Bau yg busuk itu..Jika Pahala itu bernilai seperti WANG,

pasti semua orang akan terkejar-kejar mahu pahala..tapi

masaalahnya ialah : DOSA dan PAHALA itu Cuma akan diketahui dengan pasti selepas MATI..

aku Yakin,kita semua akan KESAL nanti..kesal sebab banyak dosa dan sedikit pahala..

Maka,anggaplah dosa itu busuk…dgn itu kita akan selangkah menjauhi dan membenci DOSA,

dan perlakuan dosa orang lain…”


>selamat mencube<

Mari bace doa Untuk Saudara Palestin,Gaza serta Umat ISlam dlm Susah.

Mari bace doa Untuk Saudara Palestin,Gaza serta Umat ISlam dlm Susah.

-----------------------*ziarahku*--------------------