Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*******************************************************************************
‎...إنتنصر الله ينصركم ويثبت أقدامكم... إحفظ الله يحفظك...
************************************************************************************

Tuesday, March 27, 2012

:: Marilah sibuk mencari Cinta Hakiki ::


ALLAH Cinta Agung!!
Budaya ber’couple’ banyak meninggalkan kesan negative. Anak-anak muda akan hanyut dengan emosi sendiri.
Sedar tak sedar, budaya ber’couple’ juga akan menjauhkan kita daripada rasa cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul-NYa serta orang-orang yang beriman. Malah, turut mempengaruhi kesempurnaan aurat yang wajib dipelihara menurut syariat.
Reality kini, gadis remaja dan kaum wanita masih terpukau dengan gaya dan trend hidup barat,khususnya dalam pergaulan dan pakaian. Rasa diri lawa. Wajah yang cantik dirasakan milik mutlak dirinya.

Alangkah indahnya, andai semua wanita muslimah menutup aurat dengan sempurna. Wanita beginilah yang dipuji oleh Rasulullah melalui sabdanya, “Wanita adalah hiasan dunia. Seindah hiasan ialah wanita solehah.”

Aurat dijaga, akhlak dipelihara, elak bergaul tanpa batasan, jangan bercakap kosong, tidak berjaka yang melampau dan perbuatan lain yang ditegah dalam agama.
Cinta kita sesame manusia hendaklah bersandarkan cinta kita kepada Allah

Cinta kepada hukum Allah dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
Mesti betul caranya menyalurkan naluri cinta dan kasih itu ke jalan yang diredhai oleh-Nya.
Biar fitrah itu memandu kita ke jalan yang ma’ruf dan dalam masa yang sama menghindar perkara yang mungkar dan bid’ah.
Jangan cemarkan hakikat cinta dan kasih sayang dengan fitnah melalui budaya bercouple yang langsung tak membantu menguatkan iman.
Waspadalah dengan jerat cinta yang rendah nilainya.

Bukankah pandangan mata itu selalu menipu?
Pandangan mata hati itulah yang jujur jika hati itu bersih.
Hati yang bersih tidak akan alpa dengan kesibukan dunia perasaan, apatah lagi ditipu dengan kepuasan yang sekejap itu.
Inikah nilai cinta yang kita inginkan? Apa ertinya hidup jika jauh dari rahmat Tuhan?
Oleh itu, isikan usia muda dengan ibadah sahih, agar kita mendapat cinta dari Yang Maha Menyintai

Bila Allah menyintai dan menyayangi kita, semua makhluk pun akan turut menyintai kite
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka
lakukan.
” (an-Nuur: 30)

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi
itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat
At Tabrani dan Baihaqi.)

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-
anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah
mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya
(tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke
tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka
lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha
Penyayang.” (al-Ahzaab: 59)


Aishah r.a. berkata, “Nabi tidak pernah menyentuh
tangan-tangan wanita ketika berbaiah.
Sesungguhnya berbaiah dengan wanita-wanita
Islam berlaku dengan cara percakapan.” (Riwayat
Bukhari)

Jarir r.a. berkata, “Saya pernah bertanya kepada
Rasulullah berkenaan hukum melihat aurat wanita
secara tidak sengaja, maka Rasulullah menyuruh
saya mengalih pandangan saya ke arah lain.”
(Riwayat Muslim)

“Katakanlah kepada wanita yang
beriman, “Hendaklah mereka memelihara
pandangan mereka dan kemaluan mereka dan
janganlah mereka menampakkan perhiasan
kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga
labuh ke dada mereka dan jangan
menampakkan perhiasan kecuali kepada suami
mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-
putera mereka, putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera
saudara lelaki mereka, putera-putera saudara
perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-
budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki
yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan
aurat wanita.”


Berdasarkan ayat 31, surah an-Nuur, Abdullah ibn
Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya
berpendapat: “Seseorang wanita Islam hanya
boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan
cincinnya di hadapan lelaki yang bukan
mahrimnya.” (As-Syeikh said Hawa di dalam
kitabnya Al-Asas fit Tafsir)


Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau
meminta supaya dicukurkan bulu kening."
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-
wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata
ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban)

“Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan
Bukhari)

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan adalah wanita yang solehah.”
 
(Hadis Riwayat Muslim)

“Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat." (Riwayat at-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment

Mau Komen ? sile~Tak Mau ? ,its oke !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

**.. Inna SolaTi....*


i Love Palestine

i Love Palestine

Aku Insan Biasa..

" Alhamdulillah aku masih bernafas lagi di atas Muka Bumi Allah ini.."

Mengapa Allah masih beri Nafas untukku??
''Kerana aku Hamba yang Tidak pernah Lari dari kesalahan,kealpaan.Kerana itulah Allah Beri aku mase untuk membetulkan langkahku dan supaya bertaubat kepadaNya..Sungguh Maha Pemurah ENGKAU ya Rabb.."

Semoga Ape yang disampaikan sedikit manfaat kepada sahabat2ku...
___________________________________________

Aku adalah S.A. = ShaQillah Akhdhari..
___________________________________________

Yg Menggemari Warna Hijau penyejuk Mata hati ..

Usulku sbgai Anak Islam :

-Tadika Jaim

-Sek Ren. Pernu..

>>Pengawas Perpustakaan

-Sek.M. A. Assaiyidah Khadijah (SMASKM07)

>> Tiada Keistimewaan.(-__-)

-PLKN

-Kolej Universiti Islam ANtarabangsa
.(KUIS)

>dip. SYARIAH ISLAM

>Timbalan Kebajikan dan kerohanian persatuan mahasiswa Syariah Islam.

>>Biro Protokol & Pembantu kelab PERKIM KUIS

>Exco Wasilah Shuhada' .

>Badan Kebajikan Dakwah.

>Pengarah Program 'Ihya'ul Jill al-MuttaQin' (Ank2 Yatim)

Bidang Kerja.

-Guru sandaran Sek. Ren. Jaim (2Bulan)

-Latihan Kerani Peguam Syariah Islam.

-Pendidik Murid PASTI.(Pagi)

-Pendidik 'anak Remaja Perempuan' & Kelas Mengaji (Malam)

-Aku CiptaaNya,,Anak 'Ummi'..(^__-)
-----------------------------------------------------------------

Kata Pujangga >>

Jika Dosa itu ada BAU,Pasti tiada manusia yg sanggup berbuat Dosa kerana Tidak Tegar untuk BerkuBang dalam Bau yg busuk itu..Jika Pahala itu bernilai seperti WANG,

pasti semua orang akan terkejar-kejar mahu pahala..tapi

masaalahnya ialah : DOSA dan PAHALA itu Cuma akan diketahui dengan pasti selepas MATI..

aku Yakin,kita semua akan KESAL nanti..kesal sebab banyak dosa dan sedikit pahala..

Maka,anggaplah dosa itu busuk…dgn itu kita akan selangkah menjauhi dan membenci DOSA,

dan perlakuan dosa orang lain…”


>selamat mencube<

Mari bace doa Untuk Saudara Palestin,Gaza serta Umat ISlam dlm Susah.

Mari bace doa Untuk Saudara Palestin,Gaza serta Umat ISlam dlm Susah.

-----------------------*ziarahku*--------------------