Siape kate jadi Perempuan tu Senang ?
Nak kene Tutup sana , Tutup Sini .
Tengok budak Laki,Pakai Baju Pagoda pun Org tak bising?
Perempuan, stoking pun kene pakai.
Komfem tak tahan punye,bertutup semua
Tapi Perempuan cool jerr
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah,hebat kan Perempuan ?
Sape kate jadi Perempuan tu senang ?
Tiap-tiap bulan , mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Cube tengok budak laki , selamber jerr
Kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi , perempuan hidup berpuluh2 tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan , survive jerr
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit
Hebat kan perempuan ?
Siapa kate jadi perempuan tu senang ?
Hati mereka Allah jadikan Lembut betul
Cepat sensetif
Cube tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta,cepat jeer cari yang baru
Cube pergi wayang tengok cerite Hindustan
Siapa yang paling teruk menangis ?
Perempuan kan ? Lelaki boleh gelak-gelak lagi
Lembut tak hati perempuan ?
Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
Hebat tak perempuan ?
Disebabkan susahnya jadi Perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah diorang cakap , Allah tak adil .kenapa lebihkan lelaki ?
Kenapa Perempuan kene dengar cakap suami ?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami ?
Padahal jadi Perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang , nak jaga 10 orang anak lelaki ,tak susah macam jaga seorang anak perempuan.
Disebabkan perasaan negative dekat Allah ni,ramai perempuan-perempuan kat luar yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan , ‘lelaki tak payah tutup pun’.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
Mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati
Kesian kan kat Perempuan ?
Disebabkan fikiran yang negative terhadap Allah , mereka sanggup rosakkan diri sendiri mereka cakap,mereka buat macam tu sebab Allah tak adil .
Persoalannya sekarang ?
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan ?
Betul , syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi ,cuba ingat balik ,syurga seorang anak lelaki terletak dibawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya ?
Betul , isteri kena ikut cakap suami
Tapi , seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
Tak adil kah Allah pada perempuan ?
Allah bukan setakat adil tapi Allah tu sangat sayangkan kaum wanita
Untuk lelaki , syurga isterinya terletak dibawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu
Tapi perempuan , ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah hebatnya perempuan kan ?
Kenapa perempuan hebat ? Sebab Kasih sayang Allah jadikan mereka hebat
Banyak lagu-lagu pasal perempuan kan ?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan , sampai perempuan dikasihi macam tu sekali kat dunia lagi
Masih tak adilkah Allah dekat perempuan ?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan .
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni,
Tapi , Perempuan senang nak masuk syurga
HADIS :
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang 5 waktu,berpuasa sebulan (Ramadhan) ,menjaga kehormatan dan taat kepada suami , dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
(Hadis Riwayat Ahmad )
Tak Adil lagikah Allah dekat Perempuan ?
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah poadamu
Betapa cintanya Allah padamu.
Tapi ,kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negative yang tak berasa dekat Allah ?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni , kita jadi hiasan
Dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan ?
Wahai wanita ,nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu .kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikuti perintahNya. Pernahkah engkau tahu betapa sedihnya Allah apabila melihat kaum Wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.
Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan untk beribadah,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah bersama keberkatanMU,
Kau berilah kami akan jalan Yang Lurus,
Kau kuatkanlah Iman kami…
No comments:
Post a Comment
Mau Komen ? sile~Tak Mau ? ,its oke !