Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*******************************************************************************
‎...إنتنصر الله ينصركم ويثبت أقدامكم... إحفظ الله يحفظك...
************************************************************************************

Saturday, May 21, 2011

Halangan MusLimat DLm Berjuang...


Memperjuangkan Islam bukanlah  suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah Shuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuanagn Islam menuntut bukan setakat masa,

Tetapi jiwa dan raga ,pngorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa.

Firman Allah didalam surah Al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud :


Sesungguhnya orang-orang yang briman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan RasulNya) dan mereka berjihad dengan harta bende mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah , Mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya).

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mule2 Syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah S.a.w. adalah seorang wanita , Sumaiyah dari keluarga Yasir.
Jika kita mengkaji sejarah Awal Islam ,apa yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah s.w.t, dapat memperjuangkan dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekalipun.
__
Insan-insan dari jenis inilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang Islam kini , termasuk wanita . Peranan wanita adalah amat penting dan besar sekali dalam perjuangan Islam kerana mereka merupakan pendidik anak-anak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela Islam yang amat diperlukan.
Sifat fizikal wanita yang ebih lemah daripada kaum lelaki terbukti bukanlah satu alasan untuk tidak terbabit dalam memperjuangkan Islam. Tetapi tanggungjawab menegakka Islam turut terpikul di bahu mereka,mengikut kemampuan serta batasan yang ditentukan Allah s.w.t.
Bila memperkatakan wanita dalam perjuangan Islam, maka biasenya kite tidak dapat lari dari peranan mereka mainkan dalam membentuk keluarga muslim. Dari unit keluargalah tanggungjawab mereka bermula.Mendidik anak2 memahami erti Islam sebenar, menyemai benih iman sejak kecil , mencorakkan akhlak mulia,selanjutnya menanamkam semangat memperjuangkan dan mempertahankan Islam dalam diri mereka.
Tugas ini tidak sepatutnya dilihat sebagai tugas umum wanita , iaitu mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga.Tetapi wajar dititik beratkan sebagai tanggungjawab muslimah dan sumbangan atau jihad Islam,maka sewajarnya ia dijalankan dengan penuh kerelaan dan dipikul sebaik-baiknya.
Pada Zaman Rasulullah s.a.w. para muslimat hanya berfungsi sebagai rumah atau melahirkan zuriat semata-mata. Tetapi mereka berperanan membantu kaum lelaki dalam jihad menegakkan Islam,meniup semangat kepada mereka dengan meredhai perjuangan suami malah bila diperlukan mereka bersama-sama kaum lelaki dalam pertempuran.


Antara halangan wanita untuk bergerak  dalam perjuangan islam yang boleh saya simpulkan adalah :

1)      Bagi yang sudah berkahwin)

·        Suami tidak memberi keizinan (disebabkan tidak sama fikrah) 
Saranan & cadangan : pilihlah suami yang sefikrah dalam memperjuangkan Islam bukanlah setakat mengikut keinginan peribadi. Ini penting untuk memastikan survival perjuangan gerakan Islam dalam mengakkan daulah Islamiyyah terus utuh pada masa akan datang..
·        Alasan menjaga anak dan sebagainya
Saranan : Hendaklah bagi para isteri bijak membahagikan masa antara kerja dakwah,keluarga dan kepentingan perobadi.
·        Kekangan masa:
SARANAN : (susun waktu dengan baik dan yang paling penting utamakan gerak kerja Islam)
·        Bekerja dan lain2..
SARANAN : (selepas habais waktu kerja ,bahagikan masa untuk gerak kerja Islam)

2)(Bagi yang belum Kahwin)

·        Mengganggu waktu belajar
Saranan : Susun lah mase dengan Baik.

·        Tidak mendapat Keizinan Ibu Bapa dll.
SARANAN : Berusaha untuk menanam fikrah kepada ibubapa tentang gerak kerja Dakwah.

Mujahidah yang disayangi Sekalian….

Peranan wanita dalam perjuangan Islam Tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada soal Rumahtangga semata-mata. Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka yang masih belum bersuami,tidak mempunyai anak atau anak-anaknya sudah dewasa tidak memerlukan banyak penjagaan lagi..?

Tenaga mereka amatlah diperlukan dalam perjuangan Islam.Mereka boleh  bergiat dalam masyarakat ,menjalankan dakwah , memberi kesedaran dan ilmu Islam kepada masyarakat sejenisnya yang masih belum mengenali Islam. Perkara ini amat perlu ditekankan kerana terdapat kecenderungan ahli jemaah Islam lain untuk menyertai jamaahnya.Tindakan seumpama ini tidak langsung menguntungkan Islam,kerana dakwah Islam perlu sampai kepada semua peringkat masyarakat , terutama mereka yang masih belum  memahami apakah Islam sebenar.
 Wanita perlu didedahkan dengan
masalah sebenar masyarakat Islam dalam menghadapi musuh. Mereka perlu menyedari bahawa wanita mempunyai kuasa dan tenaga tersendiri untuk memperjuangkan dan melaksanakan Islam dalam berbagai bidang, termasuklah dalam menegakkan Daulah Islamiyyah.

Tidak Timbul persoalan bahawa bidang politik adalah bidang orang lelaki kerana setiap muslim atau muslimah itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk sama-sama berusaha untuk menegakkan sebuah  Negara Islam.


FIRMAN ALLAH dalam surah AtTAUBAH


ayat 71 yg bermaksud :
“Dan orang-orang yang Beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong ke atas sebahagian yg lain.Mereka menyuruh mengerjakan ma’ruf dan mencgah yang mungkar , mendirikan sembahyang ,menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Di dalam negara mejoriti undinya adalah di tangan wanita , para muslimah hendaklah lebih giat membantu kaum lelaki dengan memberi kesedaran kepada kaum sejenisnya untuk memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan Islam.Mereka perlu meyakinkan golongan yang masih tidak Menyedari atau meyakini bahawa pemerintahan berteraskan Islam adalah yang terbaik.
Untuk menjalankan usaha  ini, Muslimat hendaklah membuat persediaan awal . Kerja-kerja dakwah sebegini tidak mungkin dapat berjalan lancar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan hikmah.Kerana tanpa ilmu dan Hikmah,bukan sahaja kita tidak mampu meyakinkan mereka, tetapi mungkin juga membawa perpecahan.
Selain itu juga, muslimah –muslimah yang
terbabit dalam memPERJUANGkan Islam mestilah sentiasa beristiqamah dengan perjuangan. Tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam,aktif semasa bujang,tetapi meninggalkan terus perjuangan setelah berumahtangga.
 
 Alangkah sedihnya sekiranya ramai

muslimat bersikap begini. Mereka hendaklah terus berjuang sedaya mungkin kerana kerja-kerja dakwah itu tidak sepatutnya terhenti  atas alasan sudah berkahwin. Yang penting ialah mereka bijak mengurus masa dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.
~KESIMPULAN~
Jadi, Apa yang penting ialah setiap muslimah yang terbabit dalam perjuangan Islam mestilah memahami dengan jelas matlamatnya dan menepati Al-Quran dan Hadith. Mereka mestilah bersedia dengan ilmu, kerana tanpanya segala usaha perjuangan Islam tidak mungkin dapat dijayakan.Firman Allah di dalam surah Azzumr ayat 9 yang bermaksud :
“ Katakanlah : Adakah sama orang –orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnyaorang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”

Selain itu ,muslimat juga mestilah mempunyai ketahanan iman sabar ,istiqamah dalam menjalankan amal dan berani .Baginya tempat pergantungan sebenar bukanlah daripada orang yang berkuasa di dunia, suami atau orang lain,tetapi Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 55-56 yg bermaksud :

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul Nya orang-orang yang beriman .Yang mendirikan solat dan menunaikan zakat,seraya mereka tunduk (kepada Allah) .Dan barang siapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhNya Golongan Allah itu yang pasti Menang!”
 
Peranan wanita dalam perjuangan Islam sememangnya bermula dalam ruang rumah bersama  ahli-ahli keluarga ,iaitu suami dan anak-anak.Tetapi tidak bermakna kaki dan tangan mereka terikat di luar rumah sehingga tidak boleh digerakkan untuk kepentingan masyarakat luar,khususnya di kalangan Wanita sendiri.

Waakhiran …
SaLam JUANG tanpa NOKTAH…!!!

No comments:

Post a Comment

Mau Komen ? sile~Tak Mau ? ,its oke !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

**.. Inna SolaTi....*


i Love Palestine

i Love Palestine

Aku Insan Biasa..

" Alhamdulillah aku masih bernafas lagi di atas Muka Bumi Allah ini.."

Mengapa Allah masih beri Nafas untukku??
''Kerana aku Hamba yang Tidak pernah Lari dari kesalahan,kealpaan.Kerana itulah Allah Beri aku mase untuk membetulkan langkahku dan supaya bertaubat kepadaNya..Sungguh Maha Pemurah ENGKAU ya Rabb.."

Semoga Ape yang disampaikan sedikit manfaat kepada sahabat2ku...
___________________________________________

Aku adalah S.A. = ShaQillah Akhdhari..
___________________________________________

Yg Menggemari Warna Hijau penyejuk Mata hati ..

Usulku sbgai Anak Islam :

-Tadika Jaim

-Sek Ren. Pernu..

>>Pengawas Perpustakaan

-Sek.M. A. Assaiyidah Khadijah (SMASKM07)

>> Tiada Keistimewaan.(-__-)

-PLKN

-Kolej Universiti Islam ANtarabangsa
.(KUIS)

>dip. SYARIAH ISLAM

>Timbalan Kebajikan dan kerohanian persatuan mahasiswa Syariah Islam.

>>Biro Protokol & Pembantu kelab PERKIM KUIS

>Exco Wasilah Shuhada' .

>Badan Kebajikan Dakwah.

>Pengarah Program 'Ihya'ul Jill al-MuttaQin' (Ank2 Yatim)

Bidang Kerja.

-Guru sandaran Sek. Ren. Jaim (2Bulan)

-Latihan Kerani Peguam Syariah Islam.

-Pendidik Murid PASTI.(Pagi)

-Pendidik 'anak Remaja Perempuan' & Kelas Mengaji (Malam)

-Aku CiptaaNya,,Anak 'Ummi'..(^__-)
-----------------------------------------------------------------

Kata Pujangga >>

Jika Dosa itu ada BAU,Pasti tiada manusia yg sanggup berbuat Dosa kerana Tidak Tegar untuk BerkuBang dalam Bau yg busuk itu..Jika Pahala itu bernilai seperti WANG,

pasti semua orang akan terkejar-kejar mahu pahala..tapi

masaalahnya ialah : DOSA dan PAHALA itu Cuma akan diketahui dengan pasti selepas MATI..

aku Yakin,kita semua akan KESAL nanti..kesal sebab banyak dosa dan sedikit pahala..

Maka,anggaplah dosa itu busuk…dgn itu kita akan selangkah menjauhi dan membenci DOSA,

dan perlakuan dosa orang lain…”


>selamat mencube<

Mari bace doa Untuk Saudara Palestin,Gaza serta Umat ISlam dlm Susah.

Mari bace doa Untuk Saudara Palestin,Gaza serta Umat ISlam dlm Susah.

-----------------------*ziarahku*--------------------