MaRi Kite Bace CiTer Ni , dan HayaTi Laa..>>
Tatkala suatu ketika, seorang raja yang agung
memanggil seorang ulama' bagi mengadapnya.
"Wahai orang alim, bisakah
kamu memberi satu nasihat kepadaku yang pasti akan terkesan di hatiku
ini?" Kata
Raja tersebut.
Maka balasnya:
"Aku tidak bisa membuatkan
hatimu terkesan dengan kata-kataku melainkan dirimu sendiri yang membuka pintu
hatimu. Wahai Tuanku, berapa banyakkah harta-harta Tuanku?"
"Harta-harta ku ibarat
titisan hujan di negeri ini banyaknya, walaupun dimana engkau berada, di situ
terdapatnya hartaku. Tidak terbilang banyaknya."Jawab
Sang Raja.
"Wahai Tuanku, andaikanlah
suatu ketika Tuanku sesat di tengah padang pasir yang sangat panas bahangnya,
yang pasti tiada satu pun pohon yang dapat Tuanku jadikan tempat teduhan.Tuanku
berjalan mencari jalan keluar. Namun Tuanku hilang arah tuju. Tidak tahu lagi
dimana untuk menapakkan kaki Tuanku lagi.
Dan tatkala itu, Tuanku berasa
tersangat keletihan. Kehausan membuatkan Tuanku terasa untuk menjadikan
sekalian laut sebagai minuman. Seakan nyawa berada di hujun badan. Namun Tuanku
tidak punya apa-apa. Lalu seorang lelaki datang kepada Tuanku. Di sebelah
tangan kanannya ada botol yg berisi air."
Dan Dia berkata pada Tuanku:
" Jika kamu ingin air ini,
sudikah kamu untuk menukarkan ia dengan setengah dari hartamu?"
Jadi
apa jawab Tuanku?"
Raja itu terus bersuara:
" Sememangnya beta
terrpaksa menerimanya, sekiranya itu adalah jalan terakhir bagi beta selain
mati begitu sahaja."
Lalu dibalas kembali oleh ulama' tersebut.
"Alhamdulillah, Tuanku
bisa menilainya dengan baik. Saya yakin yang Tuanku pasti meminumnya. Tapi
bayangkanlah pula wahai Tuanku, tatkala habis air itu tuanku minum, lalu Tuanku
berasa ingin membuang air kecil pula.
Namun malangnya. Tuanku tidak
boleh berbuat sedemikian. Walaupun dicuba sedayanya, Tuanku tidak juga berjaya.
Sememangnya akan rasa keperitan yang teramat sangat tatkala itu. Keperitan yang
cukup membuatkan diri Tuanku terasa derita."
Lalu datang pula lelaki yang lain. Dibawanya pula
sebotol ubat. Lalu dia berkata kepada Tuanku:
" Wahai Tuanku, ubat ini
bisa menyembuhkan penyakit itu. Namun sudikah tuanku menukarnya dengan sekalian
harta tuanku?" Apakah jawab Tuanku pula kali ini?,
Ulama' itu menyoalnya.
Lalu dijawabnya:
" Sekiranya itu jalan
terakhir, dan jika tersangat perit Beta menahannya, maka Beta sanggup."
Ulama' itu tersenyum lalu berkata:
"Tahniah Tuanku, tuanku
bisa berfikir dengan baik sekali lagi. Namun Tuanku kini sudah tidak punya
apa-apa. Jadi Tuanku renung-renungkanlah. Harta kekayaan itu sebenarnya tidak memberi
jaminan bahawa kita akan tetap kaya. Apatah lagi bahagia. Allah itu bisa
menjadikan kita miskin walaupun bergunung emas dihadapan kita.
Kerana sekiranya suatu ketika,
Keperluan lain datang secara tiba-tiba, dan tatkala Allah mengurangkan sedikit
nikmat yang ada pada dirimu, Yang denganya jasadmu akan terseksa. Pasti
sekalian harta kamu sanggup menjadi tukarannya. Namun bagaimana sekiranya
Tuanku tidak dapat mendapatkan nikmat itu kembali?
Ketika itu, Pasti kita akan
merasa. Bahawa orang miskin yang makanannya hanya sehari sesuap sahaja ternyata
lebih kaya berbanding kita. Orang yang tinggal di pondok buruk lebih bahagia
hatinya. Orang yang tidur beralaskan tikar buruk, lebih nyenyak tidurnya.
Jadi apakah hakikat sebenar
harta dunia?"
Marilah bersama mengenal erti qanaah sejenak.
Qanaah
ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.
ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.
Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk
berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti.
Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa
bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Jadilah kamu seorang yang
warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang
qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah,
sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW
bersabda:
"Apabila kamu melihat
seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan
kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan".(Bukhari)
Wallahua'lam..
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment
Mau Komen ? sile~Tak Mau ? ,its oke !