
“Wahai Ikhwan, apakah yang kita mahu? Adakah kita mahu
mengumpulkan harta sedangkan harta itu akan lenyap? Adakah kita mahukan
pengaruh sedangkan ia suatu yang tidak bererti? Adakah kita mahu
bermaharajalela di muka bumi? Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah,
diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. (Al-A’raf:
128). Bukankah kita pernah membaca firman Allah Taala: Negeri akhirat
(yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang
yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan
tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa. (Al-Qasas: 83).
Allah menjadi saksi bahawa kita tidak pernah sedikitpun
mahukan semua ini. Bukan itu tujuan kita bekerja dan bukan ke arah itu dakwah
kita. Bagaimana kita boleh mencapai matlamat ini? Ceramah, ucapan, buku,
pengajian, mengenalpasti penyakit dan ubat sahaja tidak akan membawa apa-apa
kesan dan tidak akan dapat membawa pendakwah kepada matlamat. Sebaliknya dakwah
perlu menggunakan segala wahana.Wahana yang perlu digunakan oleh semua gerakan
ini tidak lain dan tidak bukan adalah tiga perkara berikut: Iman yang
mantap, Pembentukan yang kemas dan Usaha yang berterusan.”
“Wahai Ikhwan, ini adalah wahana kamu. Oleh itu yakinilah
gagasan kamu, bersatulah, beramallah dan berpegang teguhlah dengan gagasan
tersebut. Wahai Ikhwan, sedarlah bahawa syaitan akan menyuntik jarumnya ke
dalam fikiran semua pendokong perubahan. Namun Allah akan menghilangkan segala
bisikan syaitan ini kemudian Dia akan menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Ingatkan mereka semua bahawa sejarah
telah mengajar kita kisah-kisah bangsa silam dan masa kini yang membawa
pelbagai pengajaran dan pedoman untuk kita semua. Sebuah bangsa yang gigih
berjuang untuk hidup tidak akan mati.”
No comments:
Post a Comment
Mau Komen ? sile~Tak Mau ? ,its oke !