Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*******************************************************************************
‎...إنتنصر الله ينصركم ويثبت أقدامكم... إحفظ الله يحفظك...
************************************************************************************

Monday, March 21, 2011

PENTINGNYA ISLAM




Manusia adalah sebahagian makhluk Allah s.w.t. Walaupun di bekalkan dengan akal yang dapat membezakan dan memahami sesuatu tetapi lemah untuk mengetahui hakikat kejadiannya; mengapakah dia dicipta dan dimanakah kesudahannya.?? Oleh itu Allah tidak membiarkannya begitu sahaja...

Dengan Akal kurniaan Allah s.w.t , manusia cuba mengkaji alam ini, kedudukan dan matlamatnya.Tetapi dengan akal sahaja manusia tidak dapat mampu mengatasi kelemahan yang sedia ada pada dirinya.Akal, tidak mampu memahami sesuatu yang di luar batas kemampuannya tanpa petunjuk daripada Allah s.w.t. Kita melihat betapa mereka yang bernama ahli-ahli falsafah ketuhanan yang kononnya dengan membelakangkan Wahyu Ilahi, telah meletakkan manusia yang mulia kejadiannya mengabdikan diri kepada sesama MANUSIA, KEBENDAAN,HAIWAN,., KAYU, BATU dan perkara-perkara ghaib yang diada-adakan.

Dengan akal sahaja tidak cukup bagi manusia untuk membezakan baik dan buruk menurut fitrah Insaniyah yang sebenarnya. Di samping itu terdapat perkara-perkara ghaib yang hanya dapat diketahui melalui Wahyu dan Syarak seperti beriman dengan Allah s.w.t dan sifat-sifatNya yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna ,beriman dengan Malaikat,Hari Qiamat, Kebangkitan dan lain-lain.


Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana, dimana manusia yang ditugaskan menjadi Khalifah dengan segala kelayakan yang ada pada mereka tidak dibiarkan begitu sahaja. Adanya manusia itu penting untuk memikul amanah di muka bumi yang menjadi tanda kebesaran Allah s.w.t..manusia perlu dibimbing samada bagi dirinya juga peranannya yang besar itu. Susungguhnya Allah s.w.t. Yang menjadikan manusia dan bumi tempat kediamannya,juga pencipta segala bahan-bahan alam yang mempunyai hubungan dengan manusia itu, tidak membiarkan begitu sahaja. Di antara keadilan Allah s.w.t. Yang maha Tinggi terhadap manusia yang memikul amanah di dunia ini dan bertanggungjawab di atas apa yang dilakukan ,maka diturunkan ajaran yang mengatur seluruh fitrah mereka yang meliputi rohani , jasmani, individu, masyarakat, moral dan material.. juga dijelaskan perbezaan antara petunjuk dan kesesatan,hak dan batil yang memberi manfaat dan mudharat dan seterusnya natijah daripada apa yang dilakukan oleh mereka samada ke syurga atau ke neraka. Ajaran yang dipanggil Islam, menjadi penyuluh bagi manusia mengenal Tuhan Pencipta alam termasuk juga manusia, agar kepadaNya sahaja diabdikan diri dan petunjukNya sahaj membawa kebahagiaan di awal dan di akhir.


Allah s.w.t. Melahirkan para Anbiya' 'Alaihimus' solatu Wa'ssalam untuk mengajak manusia dan juga memimpin mereka sejak Nabi Adam a.s.bersama-sama keturunannya yang pertama dan diteruskan oleh Nabi-nabi yang lain hingga Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi akhir zaman. Islam dibawa oleh Rasul-rasul untuk menyelamatkan manusia agar tidak terpesona dari jalanNYA yang sebenar sepertimana Firman Allah yang bermaksud ;-

Manusia itu adalah umat yang satu (setelah timbul perselisihan ), maka Allah mengutuskan para Nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan Benar , untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memimpin orang-orang beriman kepada kebenaran yang mereka perselisihkan itu dengan kehendakNya dan Allah selalu memberi petunjuk kepada orang-orang yang dikehendakiNya ke jalan lurus. (surah Al-Baqarah: ayat 213)

Ayat tersebut menyatakan bahawa manusia itu pada asalnya mengikut petunjuk (agama Sebenar), kemudian mereka bertelingkah lalu melakukan kejahatan di Bumi Dengan menentang jalan yang sebenar kerana ada antara mereka menciptakan jalan sendiri.Oleh kerana kekufuran dan tipu daya syaitan menyebabkan mereka lupa atau sengaja melupakan jalan Allah s.w.t. ,lalu Allah s.w.t. Melahirkan para Anbiya' untuk mengembalikan mereka ke jalan sebenar-benarnya di samping memberi khabar gembira dan peringatan. !!


Menurut riwayat Ibn r.a. Bahawa jarak masa di antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh a.s. Ialah sepuluh kurun.Dalam jangka masa itu manusia masih berada dijalan yang benar, sehinggalah berlaku penyelewengan lalu Allah s.w.t. Mengutuskan Nabi Nuh a.s. Dan diikuti selepasnya dengan Rasul-rasul yang silih berganti dengan Syariat Allah s.w.t. Menurut keperluan umat dan masa,sehinggalah dibangkitkan nabi kita,Muhammad s.a.w. Untuk seluruh pelusuk dunia dan setiap masa sebagai Nabi Penyudah ketika suasana benar-benar memerlukan Rasulullah yang menghadapi dunia akhir zaman dengan ciptaan baru yang mencabar seluruh kehidupan di bumi Allah.s.t....

No comments:

Post a Comment

Mau Komen ? sile~Tak Mau ? ,its oke !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

**.. Inna SolaTi....*


i Love Palestine

i Love Palestine

Aku Insan Biasa..

" Alhamdulillah aku masih bernafas lagi di atas Muka Bumi Allah ini.."

Mengapa Allah masih beri Nafas untukku??
''Kerana aku Hamba yang Tidak pernah Lari dari kesalahan,kealpaan.Kerana itulah Allah Beri aku mase untuk membetulkan langkahku dan supaya bertaubat kepadaNya..Sungguh Maha Pemurah ENGKAU ya Rabb.."

Semoga Ape yang disampaikan sedikit manfaat kepada sahabat2ku...
___________________________________________

Aku adalah S.A. = ShaQillah Akhdhari..
___________________________________________

Yg Menggemari Warna Hijau penyejuk Mata hati ..

Usulku sbgai Anak Islam :

-Tadika Jaim

-Sek Ren. Pernu..

>>Pengawas Perpustakaan

-Sek.M. A. Assaiyidah Khadijah (SMASKM07)

>> Tiada Keistimewaan.(-__-)

-PLKN

-Kolej Universiti Islam ANtarabangsa
.(KUIS)

>dip. SYARIAH ISLAM

>Timbalan Kebajikan dan kerohanian persatuan mahasiswa Syariah Islam.

>>Biro Protokol & Pembantu kelab PERKIM KUIS

>Exco Wasilah Shuhada' .

>Badan Kebajikan Dakwah.

>Pengarah Program 'Ihya'ul Jill al-MuttaQin' (Ank2 Yatim)

Bidang Kerja.

-Guru sandaran Sek. Ren. Jaim (2Bulan)

-Latihan Kerani Peguam Syariah Islam.

-Pendidik Murid PASTI.(Pagi)

-Pendidik 'anak Remaja Perempuan' & Kelas Mengaji (Malam)

-Aku CiptaaNya,,Anak 'Ummi'..(^__-)
-----------------------------------------------------------------

Kata Pujangga >>

Jika Dosa itu ada BAU,Pasti tiada manusia yg sanggup berbuat Dosa kerana Tidak Tegar untuk BerkuBang dalam Bau yg busuk itu..Jika Pahala itu bernilai seperti WANG,

pasti semua orang akan terkejar-kejar mahu pahala..tapi

masaalahnya ialah : DOSA dan PAHALA itu Cuma akan diketahui dengan pasti selepas MATI..

aku Yakin,kita semua akan KESAL nanti..kesal sebab banyak dosa dan sedikit pahala..

Maka,anggaplah dosa itu busuk…dgn itu kita akan selangkah menjauhi dan membenci DOSA,

dan perlakuan dosa orang lain…”


>selamat mencube<

Mari bace doa Untuk Saudara Palestin,Gaza serta Umat ISlam dlm Susah.

Mari bace doa Untuk Saudara Palestin,Gaza serta Umat ISlam dlm Susah.

-----------------------*ziarahku*--------------------