ALLAH Cinta Agung!!
Budaya
ber’couple’ banyak meninggalkan kesan negative. Anak-anak muda akan hanyut
dengan emosi sendiri.
Sedar
tak sedar, budaya ber’couple’ juga akan menjauhkan kita daripada rasa cinta dan
kasih kepada Allah dan Rasul-NYa serta orang-orang yang beriman. Malah, turut
mempengaruhi kesempurnaan aurat yang wajib dipelihara menurut syariat.
Reality
kini, gadis remaja dan kaum wanita masih terpukau dengan gaya dan trend hidup
barat,khususnya dalam pergaulan dan pakaian. Rasa diri lawa. Wajah yang cantik
dirasakan milik mutlak dirinya.
Alangkah indahnya, andai semua wanita muslimah menutup aurat dengan
sempurna. Wanita beginilah yang dipuji oleh Rasulullah melalui sabdanya,
“Wanita adalah hiasan dunia. Seindah hiasan ialah wanita solehah.”
Aurat dijaga, akhlak dipelihara, elak bergaul tanpa batasan, jangan
bercakap kosong, tidak berjaka yang melampau dan perbuatan lain yang ditegah
dalam agama.
Cinta kita sesame manusia hendaklah bersandarkan cinta kita kepada Allah
Cinta
kepada hukum Allah dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
Mesti
betul caranya menyalurkan naluri cinta dan kasih itu ke jalan yang diredhai
oleh-Nya.
Biar
fitrah itu memandu kita ke jalan yang ma’ruf dan dalam masa yang sama
menghindar perkara yang mungkar dan bid’ah.
Jangan
cemarkan hakikat cinta dan kasih sayang dengan fitnah melalui budaya bercouple
yang langsung tak membantu menguatkan iman.
Waspadalah dengan jerat cinta yang rendah nilainya.
Bukankah
pandangan mata itu selalu menipu?
Pandangan
mata hati itulah yang jujur jika hati itu bersih.
Hati yang bersih tidak akan alpa dengan kesibukan dunia perasaan, apatah
lagi ditipu dengan kepuasan yang sekejap itu.
Inikah
nilai cinta yang kita inginkan? Apa ertinya hidup jika jauh dari rahmat Tuhan?
Oleh
itu, isikan usia muda dengan ibadah sahih, agar kita mendapat cinta dari Yang
Maha Menyintai
Bila Allah menyintai dan menyayangi kita, semua makhluk pun akan turut
menyintai kite
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka
lakukan.” (an-Nuur: 30)
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi
itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat
At Tabrani dan Baihaqi.)
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-
anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah
mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya
(tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke
tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka
lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha
Penyayang.” (al-Ahzaab: 59)
Aishah r.a. berkata, “Nabi tidak pernah menyentuh
tangan-tangan wanita ketika berbaiah.
Sesungguhnya berbaiah dengan wanita-wanita
Islam berlaku dengan cara percakapan.” (Riwayat
Bukhari)
Jarir r.a. berkata, “Saya pernah bertanya kepada
Rasulullah berkenaan hukum melihat aurat wanita
secara tidak sengaja, maka Rasulullah menyuruh
saya mengalih pandangan saya ke arah lain.”
(Riwayat Muslim)
“Katakanlah kepada wanita yang
beriman, “Hendaklah mereka memelihara
pandangan mereka dan kemaluan mereka dan
janganlah mereka menampakkan perhiasan
kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga
labuh ke dada mereka dan jangan
menampakkan perhiasan kecuali kepada suami
mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-
putera mereka, putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera
saudara lelaki mereka, putera-putera saudara
perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-
budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki
yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan
aurat wanita.”
Berdasarkan ayat 31, surah an-Nuur, Abdullah ibn
Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya
berpendapat: “Seseorang wanita Islam hanya
boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan
cincinnya di hadapan lelaki yang bukan
mahrimnya.” (As-Syeikh said Hawa di dalam
kitabnya Al-Asas fit Tafsir)
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau
meminta supaya dicukurkan bulu kening."
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-
wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata
ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban)
“Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan
Bukhari)
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan adalah wanita yang solehah.”

(Hadis Riwayat Muslim)
“Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat." (Riwayat at-Tirmizi)
“Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat." (Riwayat at-Tirmizi)